Wajar serius bendung LGBT - Utusan Malaysia

Wajar serius bendung LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 Julai – Kerajaan mesti mengambil tindakan serius terhadap golongan lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) yang semakin menjadi-jadi sehingga boleh mempengaruhi masyarakat di negara ini.

 

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, tindakan LGBT sama sekali bercanggah dengan undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Walaupun begitu, jelas beliau, parti itu tidak pernah meng­hukum golongan berkenaan sebaliknya ‘perbuatan’ mereka yang perlu segera dibendung.

“Lembu pun tak ‘panjat’ (liwat) dengan lembu sejenis lain, sedangkan binatang bodoh pun tak buat benda terkutuk. Pandangan Islam mudah iaitu kita tidak boleh bertolak ansur de­ngan LGBT sebab secara fitrah­nya, tidak ada manusia yang akan cenderung sesama sejenis sebaliknya nafsu yang mendorong ma­nusia.

“Sebab itu, Pas membawa agenda Islam antaranya mengatasi masalah ini dengan dakwah dan secara prinsipnya perlu segera dibendung supaya tidak datang mudarat yang lebih besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Me­syuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohamad Amar yang juga Timbalan Menteri Besar meng­ulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang berpandangan golongan LGBT tidak harus didikriminasi di tempat kerja.

Menurut Mujahid, selagi mana golongan itu tidak mempromosi budaya LGBT, maka golongan itu tidak boleh dipinggirkan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sindrom LGBT yang menular di negeri ini, kata Mohd. Amar, perkara itu perlu bukti yang cukup.

“Sekalipun ada dakwaan perkara itu berlaku di negeri ini, kita perlu bukti yang cukup untuk membanteras masalah itu.

“Contohnya macam pencuri, kita tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan mencuri dan dalam masa sama bukan bermaksud kita membenci pencuri itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN