Vigneswaran dipilih Presiden baharu MIC - Utusan Malaysia

Vigneswaran dipilih Presiden baharu MIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tan Sri S.A. Vigneswaran (gambar) dipilih sebagai Presiden MIC baharu bagi penggal 2018-2021 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden, Datuk R.Gobalakrishnan mengumumkan kemenangan itu selepas Vig­neswaran tidak dicabar mana-mana ahli parti apabila proses pencalonan ditutup pada pukul 12 tengah hari.

Sebelum ini, bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Bekas Naib Presiden parti itu me­nerima sokongan daripada 3,616 cawangan MIC di seluruh negara yang terdiri daripada 4,300 cawangan.

“MIC kini merupakan parti pembangkang, jadi kita akan adakan perubahan besar-besaran dalam struktur parti untuk menarik sokongan masyarakat India terutama generasi muda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN