[VIDEO] Ustaz Kazim jual unit tahfiz kerana tidak mampu tanggung kos - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ustaz Kazim jual unit tahfiz kerana tidak mampu tanggung kos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Julai – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi dekat sini kerana menghadapi masalah kewangan.

Mohd. Kazim yang juga pengetua dan pengasas pusat itu berkata, pihaknya terpaksa membuat keputusan tersebut setelah tidak mampu lagi menampung kos pentadbiran Unit Tahfiz berkenaan.

Katanya, perbelanjaan sehingga RM150,000 sebulan diperlukan bagi menampung kos keseluruhan unit itu yang menempatkan 100 pelajar.

“Selain Unit Tahfiz, kita turut mempunyai Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok (dewasa). Bagaimanapun, saya hanya menjual Unit Tahfiz ini sahaja seperti yang diiklankan.

“Saya terpaksa membuat keputusan ini setelah memikirkan nasib guru dan pelajar. Penjualan ini dilihat dapat menampung kos pentadbiran dua unit lain,” katanya di sini hari ini.

Senarai akaun untuk sumbangan ikhlas ke Pusat Pendidikan Al-Barakah.
Senarai akaun untuk sumbangan membantu Pusat Pendidikan Al-Barakah

Sebelum ini tular mengenai penjualan Unit Tahfiz berkenaan di laman sosial dan turut diiklankan menerusi laman mudah.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN