[VIDEO] Tarik diri Sukan Asia: Syed Saddiq bincang dengan exco sukan negeri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tarik diri Sukan Asia: Syed Saddiq bincang dengan exco sukan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI 22 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan exco-exco sukan negeri terlebih dahulu sebelum mencapai sebarang keputusan mengenai keputusan jurulatih skuad bola sepak bawah 23 (B-23) Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengambil tindakan drastik menarik diri daripada Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.

Perbincangan itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman amat penting bagi memastikan keputusan tepat diambil bagi menangani isu tersebut.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq ketika mengulas isu ini tidak menyatakan bila perbincangan tersebut akan diadakan.

“Saya juga akan memanggil Kim Swee untuk turut sama berbincang bagi mencari penyelesaian kepada perkara ini.

“Mengambil tindakan segera tanpa berdialog (dengan semua pihak) terlebih dahulu akan (mendatanglan kesan) jauh lebih teruk,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali Ke-5 MBM di sini sebentar tadi.

Semalam, media melaporkan kesukaran mengumpulkan pemain bagi menghadapi Sukan Asia 2018 mungkin mendorong jurulatih skuad bola sepak bawah 23 (B-23) Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengambil tindakan drastik menarik diri daripada temasya di Jakarta-Palembang itu.

Kata Kim Swee, beliau tidak punya pilihan lain sekiranya beberapa pasukan tetap berkeras enggan melepaskan pemain mereka memandangkan Sukan Asia yang berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September bertembung dengan Piala Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN