[VIDEO] Solat hajat mohon kejayaan operasi haji 1439H - Utusan Malaysia

[VIDEO] Solat hajat mohon kejayaan operasi haji 1439H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH 14 Julai – Tabung Haji malam ini mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon kejayaan operasi haji 1439 Hijrah/2018.

Solat hajat dan bacaan Yasin itu dipimpin oleh Pembimbing Ibadat Haji, Ustaz Ramli Ibrahim.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Tabung Haji Madinah, Dar Al-Jiffry itu disertai 150 petugas haji.

Turut hadir Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Nurinanuwar Shamsuddin; Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Mohd Shaffari Marzuki dan Pengarah Operasi (Madinah), Affandi Abdullah.

Kumpulan pertama seramai 438 jemaah haji Malaysia akan tiba di sini esok.

Mereka akan berlepas dari  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah pada pukul 5.50 pagi ini waktu Malaysia.

Mereka akan menaiki pesawat A380 dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz Madinah kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Jemaah haji akan tiba secara berperingkat ke Madinah dari 14 Julai hingga 2 Ogos ini.

Penerbangan selepas tarikh itu sehingga yang terakhir pada 14 Ogos ini akan memasuki Mekah.


 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN