CHIANG RAI 11 Julai – Rakaman video pertama kesemua pemain bola sepak dan jurulatih pasukan bola sepak Wild Boar yang berjaya dikeluarkan dari gua Tham Luang semalam, dikeluarkan hari ini, menunjukkan mereka tersenyum dan melambai dari katil hospital. Video Pusat Media Kawalan Insiden Thailand Kesemua mereka kelihatan kurus tetapi dikatakan berada dalam keadaan stabil. Video berkenaan ditayangkan ketika sidang media. Ada antara mereka memakai topeng muka, berbaring di katil. Malah, ada yang membuat gaya tangan ke arah kamera namun tiada seorang pun daripada mereka bercakap dalam video tersebut. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya