[VIDEO] Polis minta kerjasama jejak penyamun - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis minta kerjasama jejak penyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 16 Julai – Polis  meminta kerjasama orang ramai supaya dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya seorang suspek yang cuba melakukan samun sebuah kedai  ubat tradisional di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi berkata, kejadian yangt berlaku pada pukul 7.30 malam berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup ( cctv ) di dalam kedai tersebut.

 Menurut Mohd Said, suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu memasuki premis  dan berpura – pura bertanyakan kepada seorang pembantu kedai  berkenaan barangan yang dijual  bersebelahan kaunter.

 “Suspek memakai baju berwarna merah dan memakai topi berpura – pura bertanyakan kepada pembantu kedai berkenaan produk yang dipamerkan dan menghampiri kaunter pembayaran “ katanya.

 Tambahnya, suspek kemudiannya secara tiba – tiba cuba merampas telefon bimbit pembantu kedai  dan berlaku sedikit pergelutan di dalam kedai tersebut.

 “Pembantu kedai cuba melawan dengan tidak memberikan telefon bimbitnya namun suspek bertindak kasar dengan menariknya sehingga melanggar almari dan mengheret mangsa hingga ke luar kedai, “ katanya.

 Mohd Said berkata,  orang ramai yang melihat kejadian tersebut cuba mengejar suspek namun suspek berjaya melarikan diri.

 Tambahnya, pembantu kedai tersebut kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah  pada pukul 10.27 malam.

Menurut Mohd Said, pihaknya akan menghantar sampel video tersebut ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur untuk dianalisis dan kes akan disiasat dibawah seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak.

Mohd Said juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek supaya dapat tampil untuk membantu siasatan atau menelefon bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09 8592222.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN