[VIDEO] Pertandingan video #muhibah cungkil bakat pelajar sekolah agama - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pertandingan video #muhibah cungkil bakat pelajar sekolah agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 25 Julai – Penyertaan pelajar agama ke dalam Pertandingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online membolehkan mereka menerokai bakat dan menyerlahkan kreativiti masing-masing, sekali gus mengikis persepsi salah mengenai potensi lepasan sekolah aliran berkenaan.


Video oleh FIKRI ROSLY

Guru penyelaras media Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST), Tumisah Akim berkata, pentadbiran sekolah menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam pertandingan ini sebagai medan membuktikan kecemerlangan holistik yang diterapkan.

“Kita tidak tahu bakat terpendam mereka dan ini adalah pendekatan terbaik mencungkilnya pada awal usia remaja. Kami juga ingin membuktikan sekolah agama setanding dengan sekolah aliran perdana mahupun sekolah elit dalam memberi nilai tambah kepada pelajarnya.

“Pelajar kami telah memperlihatkan pencapaian membanggakan dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti luar bilik darjah sebelum ini, jadi saya yakin pertan­dingan ini juga mereka akan memberikan yang terbaik,” katanya selepas sesi penataran di sekolah tersebut semalam.

Siri Jelajah Penataran Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online terakhir itu menyaksikan seramai 30 pelajar mengikuti taklimat ringkas me­ngenai kepentingan papan cerita, teknik rakaman dan suntingan.

Dalam sesi itu, pelajar terus mempraktikkan pengetahuan dengan menghasilkan video pendek berdurasi dua minit mengikut kumpulan dan dihantar sebagai penyertaan ke laman www.muhibah.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN