Graduan politeknik, kolej komuniti catat kebolehpasaran lebih 98 peratus

Graduan politeknik, kolej komuniti catat kebolehpasaran lebih 98 peratus

DR. ZAMZAM Mohd Walid (tengah) melawat pameran semasa program Creative Xperience Festival 2026 di Politeknik Besut, Terengganu. - UTUSAN /WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kadar kebo­leh­pasaran graduan poli­tek­nik dan kolej komuniti di seluruh negara direkodkan melebihi 98 peratus pada tahun lalu yang mengatasi sasaran kebolehpasaran graduan di peringkat nasional.

Pengarah Kanan (Kompetensi) Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Zamzam Mohd. Walid berkata, pencapaian itu menunjukkan graduan politeknik dan kolej komuniti mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta boleh menceburi pelbagai bidang selepas tamat pengajian.

“Lebih daripada 98 peratus ini direkodkan bagi politeknik dan kolej komuniti pada 2025 dan ia adalah keseluruhan institusi serta semua bidang yang ditawarkan.

“Daripada keseluruhan graduan yang direkodkan dalam ka­tegori kebolehpasaran itu, padanan pekerjaan de­ngan bidang pengajian adalah sekitar 50 hingga 60 peratus.” katanya pada program Creativ3 Xperience Festival 2026 (CXF’2026): Ulir dan Ukir di Politeknik Besut di sini, semalam.

Katanya, keadaan ter­sebut turut dipe­ngaruhi perubahan landskap pe­kerjaan yang menyebabkan graduan tidak semestinya kekal dalam satu bidang kemahiran sepanjang tempoh kerjaya mereka.

Sementara itu, Zam­zam berkata, pengli­batan industri dalam reka bentuk kurikulum menjadi antara pendekatan pen­ting bagi memastikan kemahiran yang diajar di politeknik dan kolej komuniti kekal re­levan dengan keperluan pasaran pekerjaan.

“Tujuannya supaya apa yang diajar sepadan dengan keperluan industri dan pelajar mempunyai pengetahuan asas berkaitan industri sebelum memasuki alam pekerjaan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×