[VIDEO] Penunggang motosikal mabuk ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penunggang motosikal mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Pakai baju terbalik dan terpinga-pinga ketika pihak polis mahu melakukan tangkapan selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Itu gelagat seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam sekatan jalan raya berdekatan Plaza Tol PJS2, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, paras alkohol dalam badan lelaki berusia 34 tahun itu menjangkau 287 miligram (mg) iaitu melebihi paras ditetapkan sebanyak 80 mg.

“Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didapati tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cukai jalan.

“Buat masa ini kita akan tahan penunggang motosikal itu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 25 smaan dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh dan gagal mempamerkan cukai jalan.

“Operasi ini akan dijalankan sehingga pukul 6 pagi nanti di sekitar kawasan Petaling Jaya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN