KAJANG 17 JULAI – BAGAIKAN tidak berkesudahan. Itulah hakikat dilalui penduduk yang terpaksa mengharungi laluan berlubang di sekitar Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, laluan di Persiaran Suasana itu sudah berkali-kali diturap pihak berkuasa tempatan namun masalah yang sama tetap berulang.
Namun persoalan yang timbul adalah kesan turapan yang tidak berkualiti dan tidak sempurna seperti penyelenggaraan dilakukan secara sambil lewa.
Selain itu, permukaan jalan berkenaan juga dicemari tumpahan sisa konkrit yang mengganggu kelancaran trafik.
Walaupun beberapa kali aduan dibuat terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), masalah kerosakan jalan di situ tetap berulang.
Justeru penduduk berharap pihak berkuasa dapat bertindak dengan segera bagi menyelesaikan masalah yang turut mengancam nyawa itu.










