[VIDEO] Pembekal bertanggungjawab kerosakan jentera penyelenggara - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pembekal bertanggungjawab kerosakan jentera penyelenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 22 Julai – Kerosakan terhadap jentera penyelenggara landasan kereta api yang jatuh terhempas ke atas sebuah treler selepas tali pengangkutnya putus ketika proses pemindahan dari kapal akan ditanggung sepenuhnya oleh pembekal.

Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), Melvin V. Majanga berkata, pihaknya hanya akan menerima jentera tersebut dalam keadaan sempurna tanpa kerosakan.

“Jentera ini belum di serahkan kepada JKNS dan masih di bawah tanggungjawab pembekal.

“JKNS hanya akan menerimanya dalam keadaan yang sempurna,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Beliau mengulas mengenai sebuah video yang tular menyaksikan jentera tersebut dalam proses pemindahan dari kapal ke atas sebuah treler di Pelabuhan Sepanggar apabila tali pengangkutnya putus.

Tiada sebarang kecederaan dalam kejadian itu selepas tiga pekerja yang berada berhampiran dengan treler berkenaan berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, Melvin turut menafikan jentera tersebut adalah sebuah lokomotiv yang baru dibeli kerajaan.

“Insiden di pelabuhan ini melibatkan jentera penyelenggara yang akan dibekalkan kepada JKNS.

“Kegunaannya adalah untuk penyelenggaraan landasan dan bukan kereta api seperti yang mungkin dikatakan pihak tertentu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN