[VIDEO] Najib dibebaskan dengan jaminan RM1 juta - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib dibebaskan dengan jaminan RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa dengan tiga pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan salah guna kuasa dibebaskan dengan jaminan RM1 juta berserta dua penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan supaya pasport biasa dan diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Najib sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terlebih dahulu sebelum Peguam Negara, Tommy Thomas mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN