[VIDEO] MPSJ kapit motosikal langgar peraturan - Utusan Malaysia

[VIDEO] MPSJ kapit motosikal langgar peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 3 Julai -Bagi memastikan pengurusan lalu lintas yang lebih teratur dan sistematik, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini melaksanakan tindakan mengapit (clamp) terhadap motosikal yang menyebabkan halangan.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, antara kesalahan yang sering dilakukan adalah menghalang petak letak kenderaan, petak sewa khas, pili bomba, petak orang kurang upaya (OKU) dan kawasan bahagian siar kaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilik motosikal yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukkan Tempat Letak Kereta) MPSJ 2007 (pindaan 2015) yang mana kenderaan mereka akan dikapit dan notis tawaran kompaun akan dikenakan .

“Caj sebanyak RM30 meliputi kos kapit RM5, notis tawaran kompaun RM20 dan caj perkhidmatan RM5 akan dikenakan kepada pesalah terbabit,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Tindakan Kapit Motosikal di Bandar Sunway di sini.

Yang turut hadir timbalannya, Mohd. Zulkurnain Che Ali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN