[VIDEO] KL Karnival saman PSM RM41.5 juta didakwa langgar kontrak sewa tanah - Utusan Malaysia

[VIDEO] KL Karnival saman PSM RM41.5 juta didakwa langgar kontrak sewa tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Syarikat KL Karnival Sdn. Bhd. menyaman Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk menuntut ganti rugi RM41.5 juta berhubung dakwaan melanggar kontrak sewaan tanah di Taman Sukan Extreme bagi Karnival Stadium Bukit Jalil.

Pengarah Urusan KL Karnival, Mohd. Rustam Roshandin hadir bersama peguam Adnan Seman memfailkan saman tersebut di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KL Karnival selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, melalui surat tawaran bertarikh 15 November 2016 telah diberikan kontrak penyewaan tanah bermula 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

Plaintif mendakwa, telah bersetuju dan menandatangani surat tawaran dengan bayaran RM143,780 dalam tempoh 14 hari pada atau sebelum 5 Disember 2016.

Kerja-kerja tanah telah menelan belanja RM3 juta dan sebanyak 430 peniaga khemah dan 210 peniaga kontena telah membuat pembayaran.

Namun begitu pada Januari 2017, PSM yang dinamakan sebagai pihak defendan memaklumkan, sebahagian tanah yang diberikan itu akan diambil sementara untuk melaksanakan kerja-kerja tempat letak kereta.

Plaintif mendakwa telah mengalami kerugian besar RM41.5 juta yang merupakan kerugian bagi kos-kos yang dikeluarkan dan kerugian pendapatan sewaan.

Sehubungan itu pihak plaintif antaranya menuntut jumlah ganti rugi tersebut selain faedah lima peratus setahun dan kos khidmat guaman pelanggan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN