[VIDEO] Jom cuba steamboat buttermilk di Royal Guest House - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jom cuba steamboat buttermilk di Royal Guest House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Julai – Unik, lazat dan segar. Itu jaminan kepuasan bakal dinikmati sekiranya anda memilih menjamu selera dengan bufet steamboat disediakan Royal Guest House (RGH) yang terletak di Jalan Hilir, di sini.

Ini kerana RGH tampil di luar kotak apabila memperkenalkan buttermilk sebagai sup rebusan pilihan, sekaligus menjadi ‘bintang utama’ hidangan, di samping perisa rebusan yang lebih konvensional seperti tomyam.

Selain sup buttermilk, turut menjadi mencuri tumpuan ialah sos kekacang, iaitu satu lagi sajian unik di samping lima perisa lain  iaitu sos Thai hijau, sos Jepun, sos bawang putih, sos sambal belacan dan sos plum.

Chef RGH, Lim Hock Guan mengakui, memilih buttermilk sebagai sup rebusan dan sos kekacang untuk menikmati steamboat mungkin kedengaran pelik, namun kejanggalan itu hilang sebaik sahaja pelanggan mencuba sendiri hidangan tersebut.

Katanya, resepi sup rebusan buttermilk serta sos kekacang berkenaan merupakan resepi olahan beliau sepenuhnya dan mungkin menjadi yang pertama seumpamanya digabungkan bersama steamboat di negara ini.

“Bufet steamboat RGH menawarkan 80 jenis hidangan terdiri daripada hirisan daging ayam dan lembu, makanan laut yang segar, pelbagai jenis bebola, sayur-sayuran hijau serta cendawan.

“Kesemua hidangan tersebut dijamin halal dan disediakan secara segar setiap hari,” katanya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini.

Menurut Hock Guan, pelanggan boleh memilih sama ada mahu menikmati rebusan biasa iaitu tomyam atau buttermilk atau kedua-duanya sekali secara serentak pada harga promosi iaitu serendah RM19.80 berbanding harga asal RM26.80 bermula 16 Julai ini.

Sebarang maklumat lanjut termasuk tempahan awal, sila hubungi RGH di talian 09-7430008 atau layari laman sosial Facebook Royal Guest House Kota Bharu – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN