[VIDEO] Jangan benci saya - Saharul Ridzwan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jangan benci saya – Saharul Ridzwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pelakon Saharul Ridzwan, 29, merayu kepada peminat fanatik drama Jangan Benci Cintaku agar tidak membenci dirinya, selepas menonton drama berantai tersebut.

Jangan Benci Cintaku arahan Pali Yahya merupakan antara drama yang menjadi bualan hangat dalam kalangan penonton drama tempatan sekarang.

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd., yang disiarkan menerusi slot Akasia, pukul 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat itu, Saharul melakonkan watak utama sebagai Shahrizal Hayrat atau Shah.

Turut berlakon dalam drama 28 episod itu ialah Zahirah MacWilson yang berlakon sebagai Rafeeqa Huda, Niena Baharun (Husna), Izzue Islam (Syazwi) dan Daler Yusuf (Irwan).

Saharul Ridzwan atau Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, berharap penonton tidak terlalu ekstrem dengan watak-watak yang ditonjolkan dalam drama tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini, Saharul berharap penonton terutamanya mak cik-mak cik di luar sana tidak membencinya.

“Tujuan saya buat video ini nak bagi tau semua orang di luar sana, saya adalah Sahahrul Ridzwan bukan Shah. Saya menjadi Shah hanya di dalam cerita dan di luar saya Saharul. Jangan lah kat luar tu datang-datang pukul saya, terutamanya mak cik-mak cik yang benci Shah tu, kasihanlah kat saya,” pintanya.

Kata-kata Saharul itu sekadar untuk mengingatkan peminatnya agar tidak terpengaruh dengan drama adaptasi novel tulisan novelis Emy Roberto itu.

Apapun, sekarang ini drama Jangan Benci Cintaku, merupakan antara yang paling mendapat rating tinggi dalam kalangan penggemar drama tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN