[Video] Hari pertama sudah menipu - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

[Video] Hari pertama sudah menipu – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Komen ringkas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan situasi kecoh di Parlimen pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat menjadi viral.

Komen pendek beliau, hari pertama sudah menipu, menarik perhatian netizen.

Hari ini ahli-ahli Dewan Rakyat bertindak keluar dewan selepas membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof

Difahamkan, bantahan tersebut kerana notis pemberitahuan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat didakwa tidak mengikut prosedur.

Notis tersebut dimaklumkan sepatutnya diserahkan tidak kurang daripada 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN