[VIDEO] Gempa bumi Lombok: Kedutaan Malaysia buka bilik operasi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Gempa bumi Lombok: Kedutaan Malaysia buka bilik operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengaktifkan bilik operasi susulan gempa bumi di Lombok, Indonesia bagi membantu rakyat Malaysia yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, Kedutaan sedang menyelaras tindakan dengan kerjasama polis Indonesia dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) untuk membantu rakyat Malaysia di Lombok.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia lain yang terkandas di Lombok masih sedang giat dikenalpasti.

Setakat tengah hari pihak berkuasa Indonesia telah mengesahkan 40 orang dilaporkan cedera parah dan luka ringan manakala 10 orang disahkan meninggal dunia.

Terdapat sekumpulan rakyat Malaysia yang mendaki Gunung Rinjani turut menjadi mangsa gempa dengan enam orang cedera dan seorang dilaporkan meninggal dunia.

Rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) emel [email protected] dan [email protected] -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN