SHAH ALAM 29 Julai – Sikap biadab segelintir penyokong PKR yang memandu secara berbahaya ketika berkempen disifatkan keterlaluan sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Malah, apa yang dikesalkan, perkara tersebut tidak menunjukkan tahap profesionalisme sebagai sebuah parti politik yang memerintah dan hanyalah tindakan melulu ‘samseng jalanan’. Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia merupakan satu tindakan keterlaluan yang tidak sepatutnya berlaku dalam usaha…










