[VIDEO] Akur, berlapang dada, tidak emosi terima keputusan PRU14 - Utusan Malaysia

[VIDEO] Akur, berlapang dada, tidak emosi terima keputusan PRU14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah supaya semua pihak akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran dengan fitnah dan sentimen melulu, sempit serta tertutup dalam menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Baginda bertitah, semua pihak diharap dapat berusaha melakukan penjernihan yang ikhlas dan bersungguh dalam mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni.

“Mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat survival negara. Beta berharap semua kejayaan, pencapaian dan pengiktirafan dalam pelbagai bidang yang dicapai sebelum ini dapat dipertingkatkan.

“Kerajaan, pihak swasta dan rakyat hendaklah terus bekerjasama dalam usaha menyusun masyarakat terutama membaiki ekonomi rakyat yang masih terpinggir.

“Pembelaan terhadapa ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai diskriminasi perkauman tetapi usaha menebus ketidak adilan sosial yang diwarisi sekian lama,” titah Baginda.

Seri Paduka bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal pertama Parlimen Ke-14, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN