[VIDEO] Aksem rampas barang seludup RM800,000 - Utusan Malaysia

[VIDEO] Aksem rampas barang seludup RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH 17 Julai – Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) negeri ini berjaya merampas barangan seludup bernilai RM800,000 nilai dalam operasi yang dilakukan selama hampir tujuh jam, awal pagi hari ini.

Komander Aksem negeri, Rusli Karim berkata, barang rampasan itu melibatkan 300 kilogram (kg) daun ketum; 5,600 kotak rokok dan 40 kampit beras.

“Seramai 22 anggota Aksem terlibat dalam operasi yang bermula pada pukul 4 pagi sehingga 11 pagi dan setiap barang rampasan itu dibawa dari destinasi tertentu untuk dipasarkan di seluruh Kelantan dan diseludup ke Thailand.

“Nilai setiap barang rampasan adalah daun ketum sebanyak RM15,000 , rokok berjenama Saat (RM761, 600), kampit beras (RM2,800) termasuk dua kereta Proton Saga serta lori yang akan dilucut hak,” katanya di Pejabat Aksem Bukit Bunga, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rusli berkata, aktiviti penyeludupan masih aktif dan giat dilakukan di kawasan pangkalan haram seperti Tumpat, Pengkalan Kubor, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

“Di mana air bertemu tebing, di situ merupakan pengkalan haram. Malah, tidak kira waktu siang, petang atau malam operasi giat dilakukan di sepanjang sempadan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN