[VIDEO] Akibat mogok Ketua Hakim Negara terpaksa 'bersihkan' kompleks mahkamah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Akibat mogok Ketua Hakim Negara terpaksa ‘bersihkan’ kompleks mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Tindakan tukang cuci Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang melancarkan mogok dan membiarkan kompleks tersebut seolah-olah ‘tandas awam’ sejak dua minggu yang lalu menyebabkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum terpaksa turun padang bersama staf yang lain membersihkan bangunan itu.

Beliau yang tiba seawal pukul 9.34 pagi itu dilihat mengadakan ‘lawatan’ ke bangunan tersebut sebelum bersama-sama pegawai lain bergotong-royong membersihkan serta menanam pokok di persekitaran kompleks tersebut sejurus itu.

Turut bersama-sama beliau adalah Hakim Has Zanah Mehat, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid, Hakim Datuk Suffian Abdul Razak, Hakim Datuk Ahmad Firuz Jaffil , Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab.

Difahamkan kira-kira 120 pekerja pembersihan bangunan mahkamah itu melancarkan mogok sejak 7 Julai lalu kerana tidak dibayar gaji bermula Hari Raya Aidilfitri.

Susulan daripada itu, hakim dan kakitangan mahkamah Jalan Duta dan Putrajaya diberi notis untuk membersihkan kawasan bangunan itu semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di kantin mahkamah itu mendapati pinggan-mangkuk terbiar atas meja tanpa dibersihkan.

Beberapa kakitangan juga kelihatan membersihkan tandas kompleks tersebut.

Kontraktor yang bertanggungjawab itu dikatakan sudah menerima bayaran daripada kerajaan untuk perkhidmatan pembersihan hingga akhir tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN