[VIDEO] 1MDB: Bekas pegawai khas PM bebas reman - Utusan Malaysia

[VIDEO] 1MDB: Bekas pegawai khas PM bebas reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Julai – Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan membenarkan suspek bergelar Datuk itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM20,000 bersama seorang penjamin.

Mahkamah mengarahkan suspek menyerahkan pasportnya kepada SPRM dan dia juga diarahkan melapor diri kepada pejabat SPRM pada setiap bulan.

Lelaki yang berusia 42 tahun itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Isnin lalu.

Terdahulu, suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM tiba di sini hari ini pada pukul 9.50 pagi.

Sebelum ini, lelaki berumur 42 tahun dipanggil untuk diambil keterangan sebelum ditahan pukul 9.45 malam di ibu pejabat SPRM, 24 Jun lalu.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai merupakan pengarah kepada sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Suspek pernah berkhidmat dengan Bank Negara sebelum dilantik sebagai pegawai khas kepada Najib pada 2009. – UTUSAN ONLINE

Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN