HOCKENHEIM – Pecutan saat akhir pelumba Ferrari, Sebastian Vettel melayakkannya untuk menempah petak pertama perlumbaan Grand Prix Jerman hari ini selepas berjaya menguasai sesi kelayakan yang berlangsung malam tadi. Pemandu Jerman tersebut muncul sebagai pelumba terpantas di hadapan penyokong tempatan apabila melakukan catatan 1 minit 11.212 saat (s) sekali gus mencipta rekod baharu Litar Hockenheim yang dilakukan pada pusingan terakhir sesi berkenaan. Aksi tersebut berlangsung cukup dramatik apabila pelumba Mercedes,…










