Vape tetap memudaratkan kesihatan - Utusan Malaysia

Vape tetap memudaratkan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, VAPE atau rokok elektronik boleh membahayakan kesihatan. Ini kerana vape mempunyai nikotin yang cukup untuk merosakkan paru-paru bagi sesiapa yang menghisapnya.

Sudah menjadi gaya belia masa kini menghisap vape kerana mengikut trend sekali pun bukannya perokok. Ramai juga yang menganggap bahawa vape lebih sihat jika dibandingkan dengan rokok tembakau.

Ini kerana rokok mengandungi banyak bahan berbahaya termasuk nikotin dan tar sementara vape dikatakan hanya mempunyai nikotin, air dan perisa semula jadi. Disebabkan ini, ramai yang beranggapan vape lebih terjamin keselamatannya berbanding rokok.

Kebanyakan orang telah terjebak dengan vape sebagai batu loncatan untuk berhenti merokok. Namun, mereka tetap sukar untuk berhenti.

Selain itu, vape mampu membuatkan seseorang ketagih dengan adanya pelbagai jenis perisa seperti rasa coklat, vanila, buah-buahan dan lain-lain.

Penelitian ringkas menunjukkan kadar bahan kimia yang terdapat dalam vape adalah kecil berbanding kandungan bahan kimia dalam rokok tembakau.

Risiko utama daripada rokok tembakau adalah asap sementara vape cuma mengeluarkan wap air. Namun, kandungan bahan berbahaya dalam vape tetap ada dan dalam pelbagai adunan.

Ada yang mengatakan bahaya vape lebih rendah risiko berbanding rokok tembakau tetapi hal ini masih memerlukan kajian jangka panjang.

Saintis masih berdebat sama ada rokok elektronik lebih baik atau lebih buruk daripada rokok tembakau.

Peratusan penggunaan vape juga didakwa sudah mencecah 85.6 peratus menjadikan risikonya lebih meluas berbanding rokok biasa.

Apa pun vape mahupun rokok tembakau membawa keburukan dalam jangka pendek dan jangka panjang. Mungkin sekarang pengguna vape belum mengalami masalah kesihatan tetapi dalam jangka panjang semua itu mungkin akan berubah.

MUHAMMAD HAFIZ 
CHE MAT ASRI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN