Utusan Online menang tempat kedua cabaran 1 Tank Adventure Proton - Utusan Malaysia

Utusan Online menang tempat kedua cabaran 1 Tank Adventure Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Julai – Pasukan Utusan Online berjaya meraih tempat kedua dalam cabaran 1 Tank Adventure Proton Pusingan Keempat (Selatan) bagi kategori kereta Persona.

MOHD. AFIZI ISMAIL
MOHD. AFIZI ISMAIL

Utusan Online yang diwakili oleh Mohd. Afizi Ismail dan Nur Anis Farhanah Abd. Malek berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.

Keputusan cabaran bagi kategori tersebut menyaksikan kumpulan itu hanya menggunakan 5.63 liter minyak petrol bagi setiap 100 kilometer sepanjang perjalanan di kawasan selatan semenanjung Malaysia.

Cabaran itu memerlukan setiap peserta melalui 640 kilometer perjalanan dengan enam perhentian di tiga buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dengan hanya satu tangki penuh minyak petrol sahaja.

NUR ANIS FARHANAH ABD. MALEK
NUR ANIS FARHANAH ABD. MALEK

Kategori lain yang dipertandingkan adalah kereta Iriz dan Saga.

Pemenang bagi setiap kategori dalam cabaran tersebut bagi pusingan keempat bakal bertanding dengan pemenang tempat pertama bagi pusingan pertama, kedua, ketiga dan kelima.

Pusingan-pusingan tersebut mewakili empat kawasan iaitu Tengah, Pantai Timur, Malaysia Timur dan Utara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN