UTeM komited cegah Aedes dan denggi - Utusan Malaysia

UTeM komited cegah Aedes dan denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROAKTIF. Pusat Kesihatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited dalam usaha penjagaan kesihatan bagi memastikan kampus bebas daripada ancaman wabak denggi.

Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr. Mohamad Fuzi Saidin berkata, antara inisiatif dilakukan pihaknya adalah dengan mengambil bahagian dalam Pertandingan Universiti Awam Bebas Denggi Sempena Majlis Sambutan Hari Denggi peringkat ASEAN 2018 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

“Terdapat lima lokasi yang terlibat dalam proses penjurian iaitu bangunan pentadbiran, fakulti, kolej kediaman, kuarters kakitangan dan padang awam ataupun tempat rekreasi di UTeM.

“Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan warga universiti awam mengenai aspek pencegahan denggi dan cara-cara mengenal pasti kawasan yang menjadi punca berlakunya pembiakan nyamuk Aedes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN