IPOH – Penceramah bebas terkemuka, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias mendakwa dirinya dihalang daripada menyampaikan ceramah sekali gus menyebabkan Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Barakah, Manjoi miliknya terjejas. Ustaz Kazim yang juga pengetua dan pengasas pusat tersebut berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan menjual sebahagian unit bangunan berkenaan selepas menghadapi masalah kewangan apabila tidak dibenarkan berceramah. “Pusat ini memerlukan kira-kira RM150,000 sebulan bagi menampung kos keseluruhan yang menempatkan 100 orang pelajar. “Saya terpaksa…










