Usaha halus pinggirkan kepentingan negara - Ummah - Utusan Malaysia

Usaha halus pinggirkan kepentingan negara – Ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai –  Keputusan kerajaan Pakatan Harapan memberi pertimbangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sangat dikesali dan dilihat antara usaha halus meminggirkan kepentingan negara.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahya berkata, kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek yang tidak konsisten berhubung perkara itu menimbulkan tentangan banyak pihak membuktikan tindakan separa matang yang tidak sewajarnya beliau tonjolkan sebagai seorang menteri.

Beliau berkata, hasil kaji selidik yang dibuat secara dalam talian mendapati,   tentangan hebat diterima daripada pelbagai kelompok rakyat Malaysia dengan 48,000 daripada 50,000 respondan menentang sebarang usaha mengiktiraf UEC.

“Jawapan bahawa UEC antara janji manifesto Pakatan Harapan juga tidak boleh sama sekali diterima, sama ada hari ini mahupun kemudian hari, UEC tetap tidak boleh diiktiraf.

“Jika pihak berwajib ( Kementerian Pendidikan) tidak menarik keputusan mengenainya, maka Ummah bersama 300 lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) akan adakan himpunan aman sebagai bantahan terhadap pengiktirafan UEC pada 28 Julai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Menolak Pengiktirafan UEC Dalam Sistem Pendidikan Negara, di Pejabat Ummah di sini, hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN