KUALA LUMPUR 31 Julai – Generasi muda hari ini digesa untuk memperingati sejarah dan tidak melupakan susah-payah perjuangan nenek-moyang yang bertarung nyawa untuk memerdekakan negara ini. Lebih-lebih lagi ia melibatkan satu perjuangan yang sangat sukar sehingga ada nyawa anggota tentera menjadi korban demi memastikan generasi hari ini hidup aman dan selesa. Namun begitu, sejak kebelakangan ini ada beberapa pihak dilihat seolah-olah mencabar maruah perjuangan veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)…