UPKO terima peletakan jawatan Arthur - Utusan Malaysia

UPKO terima peletakan jawatan Arthur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 24 Jun – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menerima secara terbuka keputusan Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, Arthur Sen meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa semalam.

ARTHUR SEN
ARTHUR SEN

Timbalan Ketua Pemuda UPKO, Kenedy G. John berkata, keputusan tersebut diterima dengan baik oleh parti walaupun agak mengejutkan dan tidak dijangka sama sekali.

Kenedy yang turut dilantik memangku jawatan berkenaan berkata, Pemuda UPKO yang bermesyuarat petang ini bertekad akan meneruskan perjuangan parti dan melakukan persediaan untuk melancarkan proses pemilihan UPKO pada September ini.

“Semalam Arthur telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada parti dan telah diterima tanpa ada apa-apa halangan.

“Sehubungan itu, sebanyak 22 Exco Pemuda UPKO telah bermesyuarat petang ini berkenaan keputusan beliau dan kami telah bersetuju serta mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau selama ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu.

Arthur yang menjadi ahli parti itu sejak 2001 dan menjawat jawatan Ketua Pemuda UPKO bermula 2008 menyatakan peletakan jawatannya secara terbuka semalam tanpa memberikan sebab.

Kenedy berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tentang punca peletakan jawatan itu dan meletakkan keyakinan tiada ahli-ahli lain yang akan terpengaruh.

“Kali terakhir beliau mempengerusikan mesyuarat Pemuda UPKO adalah sebelum pilihan raya umum dan selepas itu tiada apa-apa pertistiwa yang berlaku.

“Sebagai pemangku jawatan ini, saya akan teruskan agenda parti kerana kami masih banyak ahli terutama golongan belia yang bersama UPKO,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN