KUALA LUMPUR 21 Julai – Kerajaan akan mengambil langkah segera memperketat undang-undang bagi mengelak kes kematian bayi akibat kecuaian pengasuh daripada terus berlaku. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pejabat Peguam Negara yang seterusnya memberi cadangan untuk mengetatkan undang-undang serta peraturan melibatkan soal penjagaan kanak-kanak. “Saya bincang banyak kali dengan pejabat Peguam Negara dan mereka maklumkan kepada saya ada undang-undang yang…










