Umum strategi, hala tuju UMNO Isnin ini - Annuar Musa - Utusan Malaysia

Umum strategi, hala tuju UMNO Isnin ini – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Setiausaha Agung UMNO yang baharu dilantik hari ini, Tan Sri Annuar Musa akan menjelaskan mengenai strategi dan hala tuju parti, Isnin ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pelantikan jawatan tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada beliau oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami berdua telah duduk bersama dan berbincang mengenai hala tuju UMNO selepas ini.

“Tunggulah dahulu, Isnin nanti saya akan membuat sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengenai pelantikan jawatan baharu ini,” katanya.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Annuar dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO manakala jawatan Bendahari UMNO pula disandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohd. Sumali Reduan sebagai Setiausaha Kerja UMNO. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN