UMNO Sungai Petani: Naib ketua, tiga ketua sayap lepas jawatan - Utusan Malaysia

UMNO Sungai Petani: Naib ketua, tiga ketua sayap lepas jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – UMNO Bahagian Sungai Petani bergolak apabila Naib Ketua UMNO Bahagian serta ketua tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing melepaskan jawatan dimenangi menerusi pemilihan bagi penggal 2018-2021 yang berlangsung semalam berkuat kuasa serta-merta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengumuman itu dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Muhamad Effendi Mashum pada satu sidang akhbar tergempar yang diadakan di sebuah hotel di sini petang tadi.

Muhamad Effendi berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara setelah perbincangan dilakukan antara semua yang terlibat, namun kesemuanya akan terus setia serta mahu memperjuangkan UMNO sebagai ahli biasa.

“Keputusan ini dibuat atas alasan ketidakwajaran kepimpinan bahagian yang baharu diberi mandat. Ia dibuat secara ikhlas, telus dan teliti tanpa dipengaruhi atau desakan mana-mana pihak.

“Berdasarkan keputusan diperoleh, selepas perbincangan serius dan penilaian terbaik dilakukan, saya selaku Naib Ketua UMNO Bahagian bersama-sama Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri serta anggota jawatankuasa melepaskan jawatan disandang serta merta,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN