KUALA LUMPUR – UMNO mengecam sekeras-kerasnya keputusan Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang Tanah Yahudi kelmarin yang melucutkan sama sekali hak rakyat Palestin ke atas wilayah nenek moyang mereka.
![]() |
|
AHMAD ZAHID
|
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO turut menggesa seluruh rakyat negara ini yang cintakan keamanan agar mengutuk perbuatan tidak bertamadun serta mendesak kerajaan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan dunia yang berteraskan keamanan sejagat agar mendesak Tel Aviv mengkaji semula rang undang-undang itu dan menghormati pandangan masyarakat antarabangsa.
“Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga bersama-sama mendesak Wisma Putra agar meneruskan dasar kerajaan Malaysia yang menentang sebarang bentuk tindakan yang menafikan hak asasi rakyat Palestin untuk terus menuntut hak sah sebagai negara yang berdaulat dan menegakkan pemerintahan sendiri serta menolak sebarang tindakan yang mencabul hak asasi manusia,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Knesset iaitu Parlimen bagi negara haram Israel kelmarin meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan Israel sebagai negara kepada bangsa Yahudi.











