TAWAU – Pergerakan UMNO Bahagian Kalabakan menafikan ahli jawatankuasa bersama kira-kira 2,000 ahlinya keluar daripada parti untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) seperti yang didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho di sini semalam.
Ketuanya, Abdul Karim Abdul Wahid berkata, mereka yang menyertai Warisan merupakan bekas ahli UMNO Bahagian Kalabakan dan hanya seorang daripada ahli jawatankuasa yang baru,Mohammad Abdurrahman, bertindak keluar UMNO.
“Dimaklumkan, beliau (Mohammad) mengambil keputusan keluar UMNO atas sebab peribadi.
“Justeru, kenyataan ADUN Sebatik semalam yang menyatakan tujuh ahli jawatankuasa baharu dan 2,000 ahli UMNO bahagian Kalabakan meninggalkan parti adalah tidak berasas kerana jumlah yang keluar melibatkan beberapa ahli sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Kalabakan di sini hari ini.
Menurut Abdul Karim dakwaan tidak berasas itu tersebar selepas beberapa ahli UMNO bahagian tersebut menghadiri jemputan dijemput jamuan tengah hari di sebuah restoran dekat sini semalam.
Bagaimananpun, pada majlis berkenaan mereka mendakwa telah diagihkan borang pendaftaran ahli untuk menyertai Warisan oleh penganjur tetapi menolak untuk mengisi borang tersebut. – K! ONLINW










