UMNO Kalabakan nafi 2,000 ahli keluar parti - Utusan Malaysia

UMNO Kalabakan nafi 2,000 ahli keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 16 Julai – UMNO Bahagian Kalabakan menafikan laporan sebanyak kira-kira 2,000 ahlinya keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, semalam.

Ketuanya, Abdul Karim Abdul Wahid berkata, dakwaan tersebut tidak wujud, sebaliknya hanya seorang ahli jawatankuasa bahagian itu yang bertindak meninggalkan parti iaitu Mohammad Abdurrahman.

“Dakwaan itu tidak benar tetapi memang betul Mohammad telah keluar parti yang difahamkan atas sebab peribadi.

“Justeru, kenyataan ADUN Sebatik bahawa tujuh ahli jawatankuasa baharu dan 2,000 ahli UMNO bahagian Kalabakan meninggalkan parti adalah tidak berasas kerana jumlah yang keluar tidak seperti itu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat UMNO Kalabakan, di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, hakikat yang sebenar adalah Warisan kini sedang giat memujuk ahli-ahli UMNO untuk menyertai mereka, namun langkah itu tidak akan berjaya.

“Mereka telah menjemput beberapa ahli untuk makan di sebuah restoran semalam dan menyerahkan borang keahlian Warisan tetapi ditolak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN