Ujian dadah perlu dilaksanakan lebih telus - Murray - Utusan Malaysia

Ujian dadah perlu dilaksanakan lebih telus – Murray

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 30 Julai – Andy Murray menggesa agar ujian dadah dalam sukan tenis dapat dilaksanakan dengan lebih telus serta kerap dan menegaskan, sukan tersebut mempunyai kewangan yang kukuh untuk membentuk rejim yang lebih bagus.

Sebelum ini, bintang tenis Scotland itu pernah mengkritik Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) ekoran kegagalan mereka melaksanakan ujian secara konsisten dan dia membincangkan isu tersebut sekali lagi sebaik kembali beraksi di Washington.

Murray mempersoalkan tentang kekerapan ujian tersebut dilakukan selepas Serena Williams melemparkan kritikan terhadap Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA).

Williams menuduh badan tersebut mengamalkan sikap diskriminasi menerusi media sosial Twitter, minggu lepas, selepas pemain itu diuji lebih kerap berbanding pemain Amerika Syarikat yang lain.

“Kini sudah tiba hari untuk membuat ujian dadah secara rawak dan hanya Serena yang diuji. Dalam begitu ramai pemain ia terbukti hanya saya seorang yang diuji paling kerap. Diskriminasi? Saya fikir begitu. Sekurang-kurangnya saya memastikan sukan ini sentiasa bersih,” kata Serena menerusi Twitter.

Bagaimanapun, Murray tidak pula melontarkan pandangannya tentang kes yang menimpa Williams, tetapi dia menggesa agar ujian tersebut perlu dilaksanakan secara terbuka dan lebih kerap, terutama bagaimana pemeriksaan itu dijalankan.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh ITF mendapati jumlah kekerapan ujian yang paling banyak dilakukan ke atas pemain ialah tujuh kali, dengan Murray yang pernah menjalani pemeriksaan lebih daripada bilangan tersebut di dalam dan di luar pertandingan pada 2017.

“Saya rasa dari segi ujian, saya pernah berbuat demikian sewaktu ditimpa kecederaan. Mungkin disebabkan anda sering menyertai pertandingan, maka ujian yang dibuat dirasakan begitu kerap. Begitu juga jika anda tidak bermain, pemeriksaan yang dilakukan juga berkurangan.

“Tentang berapa ramai pemain diuji, saya sendiri tidak mengetahui secara menyeluruh bilangannya dan fakta sebenar berapa kerap setiap orang telah diuji. Mungkin sukan tenis boleh melakukan dengan lebih baik dan telus berhubung fakta dan jumlah sebenar pemain yang telah diuji.

“Sudah tentu sejak saya menyertai jelajah pemeriksaan dilakukan lebih kerap, tetapi ia tidak semestinya ujian tersebut sudah cukup kerana jika dibandingkan dengan sukan lain kami tidak diuji sekerap mereka. Tenis mempunyai wang yang cukup untuk menyediakan program yang lebih baik,” katanya menjelang Terbuka Citi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN