UIAM kampus Gombak terima zakat korporat RM210,000 - Utusan Malaysia

UIAM kampus Gombak terima zakat korporat RM210,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak menerima sumbangan zakat korporat berjumlah RM210,000 daripada Etiqa Family Takaful Berhad.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM100,000 akan disalurkan kepada Tabung Wakaf UIAM bagi tujuan membantu pelajar UIAM yang memerlukan bantuan kewangan.

“Sebanyak RM110,000 lagi akan digunakan untuk menempatkan dua mesin dialisis di Pusat Dialisis UIAM Kuantan yang bakal diwujudkan.

“Kita berharap sumbangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang oleh syarikat-syarikat korporat lain bagi memastikan nasib golongan pelajar kurang berkemampuan terus mendapat perhatian pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 UIAM yang berlangsung kampus Gombak, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN