Tutup pusat tahfiz: keluar daripada mulut seorang yang jahil - Utusan Malaysia

Tutup pusat tahfiz: keluar daripada mulut seorang yang jahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 8 Julai – Pas negeri ini mengecam sekeras-kerasnya cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya pusat tahfiz di seluruh negara ditutup.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli
Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli menegaskan, kenyataan Zainuddin itu adalah daripada seorang yang jahil dan tidak memahami agama Islam.

“Ia (cadangan tutup pusat tahfiz) tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang beragama Islam kecuali dia (Zainuddin) seorang yang buta Islam.

“Sepatutnya pusat tahfiz diperkasakan lagi bukannya ditutup,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menerusi catatan dalam blognya semalam, Zainuddin mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup kerana tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baharu Islam.

Zainuddin juga mahu Mujahid mencegah sekolah agama menjadikan ‘pakaian Arab’ sebagai pakaian seragam.

Cadangan tokoh wartawan itu bagaimanapun mendapat tentangan dan kecaman pelbagai pihak yang menggesa beliau supaya tidak mengeluar saranan kurang cerdik seperti itu lagi.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, Zainuddin sepatutnya mencadangkan supaya Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Cina dan Tamil ditutup bukan pusat tahfiz.

“Jangan ganggu sekolah berteraskan agama Islam kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN