PARIT BUNTAR 7 Julai – Satu pertemuan bersama para ulama, cendekiawan termasuk pentadbir-pentadbir agama Islam dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan diadakan dalam masa terdekat. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pertemuan itu bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan mereka terhadap institusi-institusi pentadbiran Islam di peringkat kerajaan Persekutuan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurutnya, dengan segala input baik yang diterima, usaha…










