PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju untuk menghadiri dan berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) September ini, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdulah. “Ucapan beliau di UNGA kali ini adalah mengenai dasar luar (Malaysia),” katanya pada majlis mengalu-alukan Timbalan Menteri Luar yang baru dilantik Datuk Marzuki Yahya di Wisma Putra di sini hari ini. UNGA Sesi ke-73 itu akan bermula pada 18 September di New York, Amerika Syarikat.…










