Tun M tetap 'obor' - Rais Yatim - Utusan Malaysia

Tun M tetap ‘obor’ – Rais Yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim membidas pihak tertentu yang cuba menabur fitnah kononnya beliau menyesal menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah, semalam.

Tun M tetap 'obor' - Rais Yatim
POSTER yang menggambarkan seolah-olah Rais Yatim menyesal menyokong Dr. Mahathir tular dalam media sosial baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE/Twitter Rais Yatim

Rais berkata, tindakan pihak berkenaan menyebarkan poster yang tular dalam media sosial mengatakan beliau telah menyesal menyokong Dr. Mahathir merupakan cubaan ‘membidaah’ dengan berita palsu.

Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut menggambarkan Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin yang boleh diibaratkan seperti obor.

“Barangsiapa yang membuat fitnah dan bidaah dengan ungkapan berhuruf besar di bawah kapsyen ini betul-betul (merupakan) gudang adu domba.

“Mereka sudah hilang modal. Lalu membidaah dengan berita palsu. Tun M tetap obor. Tak timbul isu sesalan menyokongnya,” katanya dalam Twitter miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN