Tukar label bas membazir - Utusan Malaysia

Tukar label bas membazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Julai – Langkah kerajaan negeri menukar label dan jenama Bas Muafakat Johor kepada Bas Harapan Johor disifatkan sebagai satu perbuatan membazir dan ketidakcekapan dalam mentadbir urus negeri ini.

Tukar label bas membazir
Ir. Hasni Mohammad

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, ini kerana, pembiayaan perkhidmatan bas itu ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

Justeru, menurutnya, adalah wajar untuk kerajaan negeri memastikan setiap perbelanjaan dikeluarkan itu digunakan untuk memberi perkhidmatan dan keselesaan kepada pengguna sebagai pembayar cukai.

“Apakah jaminan langkah menukar label dan penjenamaan bas tersebut akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna?.

“Dengan menukar label dan jenama pada bas tersebut jelas membazir lebih-lebih lagi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam ini memerlukan pelaburan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Hasni turut menyambut baik langkah kerajaan negeri memperluaskan perkhidmatan bas tersebut membabitkan laluan Muar – Pagoh bermula dari Terminal Maharani ke Bukit Pasir ke Bandar Universiti dan berakhir di pekan Pagoh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN