Tukang kebun ditangkap mengintai jiran mandi - Utusan Malaysia

Tukang kebun ditangkap mengintai jiran mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Asliza Musa

PARIT 4 Julai – Seorang tukang kebun sebuah sekolah rendah ditangkap setelah disyaki mengintai jirannya ketika mandi di sebuah rumah di Tanjung Belanja di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian pada pukul 6.20 pagi itu disedari mangsa berusia 43 tahun itu setelah melihat kelibat seseorang di luar tingkap bilik air rumahnya.

Katanya, mangsa terus membuka tingkap bilik air tersebut dan ternampak dengan jelas muka suspek yang merupakan menantu lelaki kepada jiran di belakang rumahnya.

“Wanita itu terus menjerit dan suaminya yang berada di dapur terus membuka pintu belakang rumah dan melihat lelaki tersebut tergesa gesa membuka pintu belakang rumahnya. 

“Suami mangsa kemudiannya memarahi suspek tetapi lelaki terbabit menafikan perbuatannya mengintai wanita itu” katanya di sini hari ini. 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa telah lama mengesyaki suspek melakukan perbuatan tersebut namun tidak mempunyai sebarang bukti untuk menuduh lelaki terbabit. 

Katanya, suspek tinggal bersama ibu mertuanya sejak 19 tahun lalu dengan bahagian dapur rumah mangsa setentang dengan bahagian dapur rumah keluarga mertua lelaki itu. 

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan umpil pada besi aluminium di tingkap bilik air mangsa. 

“Lelaki itu ditangkap pada pukul 10.15 pagi hari yang sama di rumahnya dan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah selain mempunyai dua rekod lampau,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN