Tujuh NGO buat laporan polis - Utusan Malaysia

Tujuh NGO buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi menggesa bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menarik balik kenyataan beliau berhubung cadangannya untuk memansuhkan institusi tahfiz di negara ini.

Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO yang diketuai oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada tengah hari tadi.

Abdul Rani berkata, kenyataan Zainuddin tersebut telah mengundang kemarahan seluruh rakyat di negara ini terutamanya yang beragama Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedia maklum sekolah tahfiz ini bergerak secara bersendirian dan sepatutnya kita membantu mereka dari pelbagi sudut bukan dengan cara menutup sekolah tersebut. Banyak lagi benda yang boleh ditutup tetapi kenapa sekolah tahfiz?.

“Selain itu saya juga berharap pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat menyiasat kesahihan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainuddin,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin baru-baru ini menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa menutup sekolah tahfiz sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada “amalan agama jumud”.

Selain itu, enam lagi NGO yang membuat laporan polis ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amanah Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (ABATA) dan Kipidap. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×