Tujuh ahli Daesh ditahan - Utusan Malaysia

Tujuh ahli Daesh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai- Polis menahan sebanyak tujuh individu dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh dalam beberapa operasi di Johor, Terengganu, Selangor dan Perak.

Kesemua suspek itu ditahan dalam serbuan pada 12 hingga 17 Julai lalu oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka terdiri daripada empat warga tempatan serta tiga warga Indonesia dan kesemuanya berusia antara 21 hingga 42 tahun.

“Seorang daripada suspek yang ditahan di Johor telah mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Yang di-Pertua Agong, Sultan Muhammad V serta pemimpin-pemimpin negara.

“Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN