Toro Rosso bukan untuk dikorbankan - Utusan Malaysia

Toro Rosso bukan untuk dikorbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pasukan Red Bull tidak akan membenarkan pa­sukan keduanya, Toro Rosso mengorbankan musimnya menerusi penalti grid semata-mata untuk membantu Honda memajukan unit kuasa jentera pada saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Terdahulu, Red Bull bersungguh-sungguh mahu melihat peningkatan prestasi Honda sebelum musim depan, namun situasi tersebut menyebabkan pengeluar enjin dari Jepun itu berusaha memperkemaskan enjin musim ini meskipun sedar ia akan memberi kesan kepada kedudukan grid pelumba-pelumba Toro Rosso.

Bagaimanapun, ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menjelaskan, meskipun ada kemungkinan buat Honda meningkatkan kuasa jentera dalam tempoh percubaan musim ini, namun beliau berharap peningkatan itu seimbang dengan keperluan Toro Rosso untuk menamatkan saingan terbaik bagi kategori pasukan.

Ketika ini, Toro Rosso berada di kedudukan kelapan dengan me­ngumpul 29 mata di belakang McLaren tetapi dibezakan tiga mata berbanding pasukan meningkat naik, Sauber.

“Saya tidak fikir kami memaksa mereka untuk mengorbankan Toro Rosso. Namun, sememangnya ada kemungkinan akan ada manfaat kepada pasukan, terutamanya Toro Rosso dalam proses percubaan unit kuasa itu.

“Bagaimanapun, Toro Rosso masih perlu berusaha untuk memastikan mereka mampu mengak­hiri musim ini dengan keputusan terbaik apabila menggunakan unit kuasa dalam percubaan itu.

“Setakat ini, Honda berada di landasan betul. Mereka mempunyai matlamat dan sasaran yang tepat dan kami tidak sabar untuk be­kerjasama dengan mereka musim depan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN