Tok Mat menang Timbalan Presiden - Utusan Malaysia

Tok Mat menang Timbalan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dipilih sebagai Timbalan Presiden baharu UMNO apabila memenangi kerusi nombor dua parti itu dalam pemilihan yang berlangsung semalam.

Mohamad yang mesra dipanggil Tok Mat menewaskan pencabar tunggalnya dalam perlawanan sengit satu lawan satu iaitu Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (gambar kecil).

Setakat pukul 9.45 malam tadi, Mohamad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau mendapat sebanyak 70 undi bahagian me­ninggalkan pencabarnya, Annuar yang sekadar memperoleh 55 undi bahagian.

Tokoh politik Negeri Sembilan itu secara rasmi menjadi regu buat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan Presiden UMNO untuk memulihkan kembali maruah parti itu yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN